Tuesday, February 14, 2012

KBSR PENDIDIKAN ISLAM

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.
 
 
OBJEKTIF
 
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid dapat :
 
  1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu’ amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan.
  2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.
  3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke arah meyakini al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.
  4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan. 
  5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu ‘Ain serta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam. 
  6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas perkembangan tamadun manusia.
  1. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.
  2. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

Friday, February 3, 2012

Tugasan ganti kuliah P1F-PA

Assalamualaikum para pelajar yang dikasihi,
Saya tidak dapat melaksanakan interaksi bersemuka dengan anda mulai 1 - 9 Februari kerana:
1. Menghadiri kursus pemantapan kkbi pensyarah JAPIM (1-2 Februari)
2. Mengelola taklimat kurikulum sempena minggu orientasi pelajar baru LPBS Ambilan Januari 2012 (6-9 Januari).

Justeru, saya telah menyediakan tugasan untuk anda selesaikan sepanjang tempoh tersebut. Sila download tugasan tersebut dan sempurnakannya.  Selepas itu sila hantar kepada saya pada minggu berikutnya. Setiap set tugasan yang dihantar hendaklah dilampirkan arah tugasan dan borang akuan terima tugasan yang ditandatangan oleh semua pelajar.

Tugasan 01022012
Tugasan 02022012
Tugasan 06022012
Tugasan 08022012
Tugasan 09022012

Selamat menyempurnakan tugasan.  Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri.

Wednesday, August 24, 2011

PENGHANTARA TUGASAN KKBI MAJOR PENGAJIAN ISLAM JQAF JAN/2011

Tahniah kepada para pelajar Program LPBS KDC j-QAF Ambilan Januari 2011 yang telah berjaya menyempurnakan tugasan KKBI yang telah diagihkan dan telah menghantarnya pada tarikh seperti yang terdapat dalam tugasan.  Berikut disenaraikan penerimaan tugasan tersebut:

1. Fadhlina Ibrahim (25/8/2011-pos)
2. Norfasehah Mohd Sukri (25/8/2011-pos)
3. Nur Atiqah Md Rodizh (25/8/2011-pos)
4. Nurul Najwa Bukhri (25/8/2011-pos)
5. Najihah Kasim (25/8/2011-pos)
6. Nurfatin Md Said (25/8/2011-pos)
7. Thohirah Suaid (25/8/2011-pos)
8. Noraliza Yusoff (25/8/2011-pos)
9. Fatimah Mat Ali (25/8/2011-pos)
10. Nor Hafizah Md Fuda (24/8/2011-tangan)
11. Rashidah Ibrahim (23/8/2011-pos)
12. Nurhafizah Idris (23/8/2011-pos)

Wednesday, July 6, 2011

RESPON KEPADA SOALAN TENTANG KKBI PENGAJIAN ISLAM MAJOR

1. NUR ATIQAH MD RODIZH
Soalan1 : Bolehkah guna RPH semester lepas?
Jawapan: Tiada apa-apa halangan.

Soalan2 : Apakah aplikasi kontekstual?
jawapan: Saya telah merujuk kepada beberapa sumber internet yang memudahkan pemahaman tentang konsep ini, maka saya pilih sumber ini yang agak sesuai: http://www.tutor.com.my/lada/tourism/edu-kontekstual.htm 

2. NUR FASEHAH MOHD SUKRI
Soalan1: Kena buat RPH dulu ke?
Jawapan: Sepatutnya memeang begitu kerana selepas itu kita hanya menjelaskan apa yang terkandung dalam RPH seperti dokumen rujukan dan teknik yang aplikasi.

Soalan2: Perlukan dihurai perbandingan antara langkah pengajaran?
Jawapan: Persoalan yang dibangkitkan tiada dalam maksud soalan tugasan, tetapi jika dibuat perbandingan antara teknik pnp boleh meningkat kefahaman anda.

3. SITI SALWA
Soalan1: Analisi dokumen.
Jawapan: Sebaiknya pada ruang catatan dalam RPH dinyatakan sumber ambilan sesuatu fakta berasaskan dokumen utama sahaja, bukan buku rujukan lain. Dokumen utama yang dirujuk itu kemudiannya dianalisis dalam satu subtopik yang terkhusus untuk itu sahaja.  Analisis boleh mengggunakan pendekatan soalan berpandu berasaskan soalan 1 suami 5 isteri atau apa pendekatan yang menjuruskan kepada analisis.

Sekian, terima kasih atas respon anda.

Monday, May 23, 2011

TUGASAN KKBI PENGAJIAN ISLAM MAJOR JQAF

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya telah mengusahakan Jadual Penentu Tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu kepada kumpulan KPLI LPBS j-QAF Ambilan Januari 2011 Major Pengajian Agama.

Sila muaturun fail-fail berikut:
1. Jadual Penentu Tugasan KKBI
2. Rubrik Tugasan KKBI

Selamat menyempurnakan tugasan dan selamat maju jaya. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri demi kerjaya dan sumbangan jariah anda kepada umat Islam seluruhnya.

Saturday, May 8, 2010

Pernyataan Masalah KKP 8

Muka Hadapan Tugasan
Walaupun muka hadapan tugasan tidak mendatangkan kesan kepada pemberian markah keseluruhan, namun ia menggambarkan imej sahsiah seseorang pelajar yang berdisiplin, teratur dan sistematik.

Pernyataan Masalah KKP 7

Tugasan Bersoalan
Kedapatan banyak tugasan pelajar yang mengemukakan soalan-soalan sebelum meneruskan huraian. Soalan-soalan ini tidak perlu kerana pembaca akan sedia terpandu jika dinyatakan subtopik bagi setiap isi penting.

Pernyataan Masalah KKP 6

Kolaborasi Bersama Pensyarah
Kedapatan pelajar yang langsung tidak hadir sesi kolaborasi bersama pensyarah sama ada pada waktu yang ditetapkan atau pilihan sendiri. Justeru itu kedapatan banyak tugasan pelajar memperlihatkan tidak wujud unsur bimbingan atau tidak terbimbing.

Pernyataan Masalah KKP 5

Definisi Istilah
Kedapatan banyak tugasan pelajar yang tidak menjelaskan difinisi istilah-istilah penting yang terdapat dalam soalan tugas. Difinisi istilah ini penting sebagai banduan kepada pelajar untuk mengaitkan maklumat yang berkaitan sahaja dalam tugasan mereka.

Pernyataan Maslah KKP 4

Bilangan Halaman
Kedapatan banyak tugasn KKP pelajar yang dikemukakan melebihi jumlah mukasurat yang dicadangkan dalam tugasan. Maklumat yang banyak dipersembahkan dengan banyak tanpa ada sentuhan rumusan jitu telah menyebabkan kebanjiran yang terlampau. Kebanjiran maklumat semata-mata tidak menzahirkan kematangan berfikir.