Thursday, September 3, 2009

Project Based Learning

Unit Title
Muslim Hadhari

Unit Summary
Hijrah pencetus fenomena tuntutan perubahan dalam kehidupan manusia. Pensyariatan peristiwa hijrah merupakan mesej penting dari Allah bahawa perubahan sangat signifikan sebagai prasyarat memulakan dimensi baru dalam kehidupan manusia. Manusia MESTI berubah.
Dalam projek ini, pelajar akan memainkan peranan sebagai Ali Jawatankuasa sambutan Maál Hijrah yang dipertanggungjawabkan untuk meraikan sambutan salah satu hari kebesaran Islam untuk meningkatkan dan memantapkan penghayatan setiap individu terhadap ruh dan tuntutan hijrah dalam kalangan warga organisasi mereka.
Pelajar akan membentangkan hasil tugasan mereka dalam sesi khas bersama warga organisasi. Hasil tugasan akan meliputi Blog, brochure, poster deskriptif dan tayangan video. Semua produk ini dihasilkan dalam Bahasa Inggeris. Hasilan pelajar akan dinilai dengan rubric khas bagi setiap produk. Manakala proses gerak kerja bagi menghasilkan produk-produk ini akan dinilai dengan senarai semak shakhsiah.


Approximate Time Needed
3 weeks ( Mulai 30 Ogos hingga 17 September 2009 )


Unit Foundation
Targeted Curriculum Specifications and Benchmarks


Hijrah Rasulullah dan implikasinya
Konsep Hijrah

Faktor-faktor pendorong hijrah
Implikasi hijrah dari segi penyebaran Islam, kedaulatan politik, perpaduan ummah, perkembangan Ilmu

Rasulullah membina tamadun ummah
Mengubah dan membina tamadun manusia
Menanam aqidah Tauhid / Rukun iman
Dakwah secara sulit, terang-terangan dan berterusan

Pembentukan masyarakat Islam Madinah/ strategi Rasulullah
Pembinaan masjid
Persaudaraan Muhajirin dan Ansar
Penggubalan Sahifah Madinah
Pengukuhan ekonomi
Pembudayaan ilmu
Pengukuhan pertahanan
Pengajaran hijrah dalam konteks semasa

Dicadangkan skop kandungan untuk diolah dalam produk masing-masing seperti berikut:

1. Poster deskriptif: Konsep Hijrah dan implikasinya ( semua kandungan yang berwarna merah ).

2. Blog: Rasulullah membina tamadun ( semua isi kandungan yang berwarna hitam.

3. Brochure: Meliputi semua isi kandungan.

4. Tayangan video: Meliputi semua isi kandungan.

Internet Resources

http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index.php?page=pendahuluan
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=493
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503545064&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar
http://www.readingislam.com/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1154526130433&pagename=Zone-English-Discover_Islam%2FDIELayout
http://www.islamonline.net/English/NewHijriYear/Reflections/03.shtml
http://www.islamonline.net/English/NewHijriYear/HijrahRoute/1426/01.shtml

No comments: